Thursday 19 April 2012

TIBAI - pengumuman penubuhan

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media mengumumkan Penubuhan dan Majli Pelancaran TIBAI

Date : 18/4/2012 @ 3.00 pm


KENYATAAN MEDIA


Suka cita saya memaklumkan bahawa satu Kelab yang dinamakan TIBAI - yang membawa maksud TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM telah ditubuhkan baru baru ini, dan akan dilancarkan secar rasminya pada 22hb April 2012 (Ahad), jam 8.00 malam, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran Rasmi akan disempurnakan oleh YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia

Selaku Mursyidul Am TIBAI, saya telah melantik 28 orang Ahli Majlis Syura TIBAI yang terdiri dari bekas-bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mereka yang dianggap berjuang habis-habisan menolak Anwar Ibrahim dari arus politik perdana.

Matlamat utama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum dikalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu sekutunya pada pilihanraya yang akan datang.

TIBAI akan turun dikawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi oleh PKR khususnya dalam satu ketumbukan yang padu dalam melaksanakan program dan agenda besar ini. Pastinya tanpa berselindung TIBAI akan memberikan sokongan yan padu dan jitu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Suka cita saya memaklumkan juga, TIBAI akan memberikan penumpuan utama kepada negeri-negeri - Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Sempena Majlis Pelancaran Tasmi TIBAI, dengan berbesar hati saya selaku Mursyidul Am TIBAI menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir beramai ramai ke Majlis Pelancaran TIBAI.

Sekian, terima kasih

MUHAMMAD ZAHID MD ARIP
Mursyidul Am TIBAI
18 hb April 2012 (Rabu)



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.


1 comment:

  1. Sila LIKE Kelab Penyokong TIBAI
    http://www.facebook.com/pages/Kelab-Peminat-Tibai/434615983231774?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete