Tuesday 12 June 2012

Scorpene diberi percuma kepada TLDM

Venue : Padang PPR, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor

Event : Ceramah Mega

Date : 10/6/2012 @ 11.00 pm


Spin punya spin, putar punya putar, saya yang kerap mengikuti ceramah Pakatan Pembangkang pun boleh naik pening, celaru dan keliru dengan persembahan penceramah penceramah yang sepatutnya sudah arif dengan fakta kes.

Menurut Tian Chua harga pembelian kapal selam Scorpene ialah USD1.4 billion. Tun Mahathir letak syarat komisyen USD1.0 billion. Jadi berapa harga sebenar Scorpene yang telah dibayar kerajaan Malaysia? USD400 million saja ke? Berapa pula komisyen yang dibayar penjual Scorpene?

Banyak sudah jawapan yang kita dapat perolehi dari pelbagai blogs, tapi saya memilih untuk mempersoalkan 'fakta' yang Tian Chua lontarkan kepada para hadirin di ceramah beliau. Kalau beliau boleh 'tipu' fakta, penceramah lain pun boleh buat 'kesilapan' yang sama juga dan berterusan menghamburkan 'slander' sesedap hati mereka saja lah...  




2 comments:

  1. lawak punya org. he is an idiot,dumba guy.

    ReplyDelete
  2. pembetulan, bukan tun M .. tapi Tun Abdullah

    ReplyDelete