Wednesday 11 July 2012

Dr Rani tolong jangan lari dari debat malam ini



DEBAT AKAN DITERUSKAN!

Berita yang sedang diedarkan di seluruh parlimen kapar mengatakan bahawa program debat perdana yang sepatutnya diadakan pada 11hb Julai(malam ini) dibatalkan adalah maklumat salah.

Sdra Jaya Kesuma Hj Rusman, selaku pengerusi ngo Gerakan Masyarakat Perihatin Meru berkata program debat tersebut akan tetap diteruskan walaupun menurut maklumat dari media cetak atau elektronik mengatakan yb dr rani osman tidak akan menghadirkan diri.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program debat ini memang diadakan secara khusus utk 'mencabar' kedua-dua pemimpin tersebut iaitu yb dr rani osman dan yb dato dr hasan ali untuk berada di pentas yang sama untuk mempertahankan 'pandangan & hujah' masing-masing tentang parti pas serta isu-isu semasa yang berkaitan terhadap masyarakat di meru, khususnya ahli pas sendiri.

Yb dato dr hasan ali sendiri sehingga malam tadi dihubungi menyatakan komitmen beliau untuk hadir. Seandainya yb dr rani osman tidak hadir, di atas sebab apa sekali pun program debat tersebut akan tetap terus dijalankan kerana yb dato dr hasan ali kena menjawap beberapa persoalan yg akan dikemukakan oleh pihak penganjur sendiri.

Seperti yang sedia maklum, tajuk serta soalan-soalan daripada penganjur telah dihantar kepada kedua-dua pendebat pada 6hb Julai yang lepas untuk dijawab.

Pihak penganjur masih mengharapkan yb dr rani osman akan dapat menghadirkan diri walaupun di saat-saat akhir.

Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta semua pihak berlapang dada menjelang debat perdana malam ni. Keselamatan semasa majlis berjalan akan dipastikan berada di dalam keadaan selamat untuk semua pihak, walaupun pagi tadi salah seorang petugas urusetia telah menerima ugutan dengan sebilah parang daripada seorang pemuda yang tidak dikenali. Pihak penganjur telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak yang berkuasa untuk tindakan susulan.




3 comments:

  1. Bukan kipas hendak dicari
    Bukan juga pakaian jubah
    Ta kan orang PAS cuba nak lari
    Kan Tuan Braim kata ini ibadah!

    ReplyDelete
  2. Update : Sah Dr Rani atau wakil tidak hadir dalam debat malam tadi... aparaaa...tak mahu pertahankan kedududkan PAS ke? Mungkin ramai penyokong dan yang atas pagar kecewa.... yang penyokong BN / UMNO dah tentu lah bergembira dan spin habis event ini...

    ReplyDelete
  3. Buat malu aku sahaja! Dah puluhan tahun aku berjuang pas kat meru, baru pertama kali dpt wakil rakyat.....wakil rakyat tak de telur pula. Menyesal ada calon yg bukan anak jati meru....penakut! Kuchorrrrr!

    ReplyDelete