Wednesday 24 October 2012

Khalid Ibrahim tolong jawab - mana datang duit ?


Subject: Siapa biaya bas mewah Khalid Ibrahim RM150 ribu sebulan

Kenyataan Media GAPS

Isu bas mewah terus menghantui Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini adalah bila bas yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor.

Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated. Kalau benar yang bas itu disewa dari Khalid Ibrahim kepada PKR untuk kegunaan Anwar Ibrahim, GAPS berminat ingin tahu berapa kadar sewaanya setiap bulan.

Kalau lah juga benar bas ini dibeli secara sewa beli selama 6 bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, GAPS ingin bertanya siapakah yang membayar sebanyak RM150 ribu sebulan ansuran bulanan (RM150,000 X 6 bulan= RM900,000) kepada pihak bank itu.

GAPS yakin gaji MB sebanyak RM20 ribu sebulan jauh dari kemampuan untuk Khalid Ibrahim membayar ansuran RM150 ribu sebulan itu. Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini. Kenapa mereka bayar bagi pihak MB.

Rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan SPRM.Hamidzun Khairuddin


PresidenGagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

23 Okt 2012


No comments:

Post a Comment