Thursday 28 August 2014

Khalid Samad sepatut nya pertahankan perlembagaan bukan hasut

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual

Tarikh : 27/8/2014


Kandungan laporan Polis

Pada 26 Ogos 2014 saya membaca blog milik Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad di URL http://www.khalidsamad.com/2014/08/video-sidang-media-nama-mb-dan-kuasa.html

Dalam entri beliau bertarikh 22 Ogos 2014, beliau dalam sebuah sidang media telah di laporkan dan menyatakan seperti berikut :-

Kita dapat indicator from the palace, not necessaraly fromt he Sultan himself personally.
Tapi indicator saying that they want more than one name. So PAS kepada konsep itu dan letak nama Wan Azizah dan Presiden dan Timbalan Presiden.

Soalan: Did the source from the palace say siapa..?

Dia tak specify siapa, dia kata mintak lebih dari satu namalah supaya Sultan boleh pilih.

So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.

So bagi PAS kita kata takpa kita bagi dua nama.

Soalan: So when you said that opion tu, that opion tu express by whom?

In the Internet out there out there, alamaya, everywhere. Alamaya, daripada akademik, Tun Mahathir.

-Pejabat YB Khalid Samad-



Saya membuat laporan polis pada hari ini berdasarkan kenyataan beliau di atas seperti berikut :-

“So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.”

Saya sesungguhnya percaya dan berkata bahawa kenyataan YB Khalid Samad berkenaan adalah terjumlah kepada satu tindakan menghasut rakyat agar mempersoalkan kuasa Perlembagaan yang di berikan kepada Baginda Sultan Selangor untuk melantik Menteri Besar atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Malaysia dan hasutan beliau ini adalah satu ancaman terhadap institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan  merupakan satu kesalahan jenayah dan berkecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948.


Beliau juga perlu di siasat di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan bagi kesalahan Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang DiPertuan Agung, Raja atau Yang DiPertua Negeri dan jika sabit kesalahan boleh di hukum bunuh atau penjara seumur hidup.

Institusi Raja-Raja Melayu adalah di jamin kedaulatan dan kemuliaannya menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Oleh itu sebarang cubaan untuk memperlekehkan institusi beraja ini harus di kenakan tindakan undang-undang dan di hukum sekeras-kerasnya.

Oleh itu saya hadir ke balai ini untuk membuat laporan.

Sekian.



1
 2
 3


4 comments:

  1. ni my senior. Buzze TSB. hahaha.. memang jenis kental. fighter sejati. nak bodek bukan perangai dia.. kipidap bro

    ReplyDelete
  2. Go ahead without stop Buzze

    ReplyDelete
  3. Semacam khalid cuba guna netizen sbg perisai hasutannya.

    ReplyDelete
  4. Peguam negara terkentut tadi... baru kejap tadi.... nkorang dengar tak?

    ReplyDelete