Monday 6 April 2015

Ikut perlembagaan UMNO, Muhyiddin paling layak ganti Najib

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Menurut Tun Dr Mahathir kalau mengikut perlembagaan UMNO, orang yang paling layak mengganti Najib ialah Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin. Tun turut menyatakan kekecewaan beliau dengan mereka yang telah dilantik kejawatan tertinggi kerana gagal menjalankan tugas yang diamanahkan walaupun sebelum itu telah menunjukkan sifat mulia yang diperlukan untuk memegang jawatan tersebut.



1
 2


9 comments:

  1. Tun ni cakap merapu...siapa dia yg nak suruh org letak jawatan???

    Dulu masa dia PM, dia buat sesuka hati , orang yg bantah akan kena hokum....
    Dia buat benda yg masa tu mmebazir seperti pembinaan putrajya, pejabat PM macam mahligai, isu IPP yg kerajaan rugi berbillion ringgit,..
    apa yg dia buat masa tu??? buat bodoh ajer...

    Bagilah Najib buat kerja dia...tunggu ajerlah PRU 14 atau masa pemilihan UMNO nanti....

    Be gentleman la....

    ReplyDelete
  2. Tun dah jadi macam cacing kepanasan....

    Najib berjaya selamatkan RM19 billion hilang setiap tahun disebabkan kena bayar kepada 4 IPP (semua ni masa Tun berkuasa)..
    Sekarang, Najib dah tak sambung kontrak IPP ni. So kerajaan dapat save RM 19 billion
    (Ini salah satu kesilapan yg dibuat dimasa pemerintahan Mahathir- tapi sekarang dah ditebus oleh Najib)

    Tu yg kroni Mahathir marah....sebab Najib tak sambung kontrak IPP mereka

    ReplyDelete
  3. Tendang Musa Hitam
    Sepak Tengku Razaleigh
    Terajang Anwar Ibrahim
    Perlekeh Abdullah Badawi
    Sekarang ni nak buang Najib

    Melayu makin bersatukah?

    Umur pun dah 90 tahun...udah-udah la tuh, masa anda sudah berlalu...

    ReplyDelete
  4. Waa.. macai Najib ramai masuk sini kaa? Jangan membuta tuli sokong orang, Allah beri otak untuk guna.

    ReplyDelete
  5. Sila terangkan cara yang paling sesuai untuk Tun Dr. Mahathir mengajar Najib menjadi pentadbir yang baik.

    Sedarlah Tun Dr. Mahathir dah bersemuka, dah beri nasihat dengan lembut dan berlapik, dah beri kritikan yang berlapik, beri kritikan yang sinis yang masih lagi berlapik, tapi Najib tak faham-faham kerana dia bersikap seperti lembu sedang makan rumput, lihatlah lembu yang sedang makan rumput, nasihatlah dengan penuh berhemah, lembah lembut atau makilah apa saja ke lembu itu, lembu itu buat tak peduli sahaja dan terus meragut rumput tanpa rasa apa-apa, inilah yang dibuat oleh Najib sekarang ini.

    Tun Dr. Mahathir tak menuduh Najib bunuh Altantuya, Tun Dr. Mahathir tak tuduh Najib menyelewengkan wang negara yang dilaburkan dalam 1MDB, Tun Dr. Mahathir tak menuduh Najib menyalahgunakan wang negara beli jet baharu sedangkan jet lama masih boleh digunakan.

    Tun Dr. Mahathir hanya minta Najib beri penjelasan kerana isu-isu berkenaan telah memberikan kesan buruk terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

    Keutamaan adalah untuk kelangsungan kekuasaan politik UMNO dan Barisan Nasional dalam arena politik Malaysia, bukannya nak mendewa-dewakan nafsu serakah syok sendiri Najib yang entah apa-apa itu.

    Saya berharap para jemuan belaan Najib dan blogger bangang belaan Najib, sila lihat isu yang sebenarnya, bukannya hentam keromo tak tentu hala menyokong membuta tuli yang menyerlahkan kebodohan anda semua.

    ReplyDelete
  6. Anak Bukit Jelutung6 April 2015 at 09:41

    Usahlah diungkit perkara yang berlalu.

    Tangani dengan baik apa yang sedang berlaku.

    Aku rakyat yang tinggl di kampung.

    Bagi aku kalau TDM tak buat teguran sapa lagi yang berani.
    Dan aku percaya TDM tidak akan "bersuara" kalau dia tidak ada cukup maklumat.

    Lagi pun salahkah TDM membuat teguran?

    ReplyDelete
  7. Anak kalau kena tegur pun..dia buat dekk je..Inikan pula P.M
    tak kisah le Najib ke atau PM Uganda ke...
    Dan kena ingat yer...penasihat Najib sangatttttttt ramai...but at the end
    Najib yg kena buat keputusan...kalau tak.... bergayut kat kote Mahathir lah seumur..
    Ada benda yang kena jawab segera, tak penting kena segera, penting tak segera dan tak penting tak segera....blabla
    Mahathir ni tak taksub kat sesape...dia taksub diri dia sendiri...
    Kalau semua nak ikut teguran dia..tak de kote la weh,,,,
    Ikut lah saluran.....
    Sabar dan tawakkal
    Kalau Allah dah tetap Takdir, tak ke mana..

    ReplyDelete
  8. kalau diperhalusi baik-baik....Tun bukan lagi menegur Najib..malahan telah menyuruh Najib digulingkan ataupun berundur samada cara baik ataupun sebaliknya. Apa -apa penjelasan dari pihak Najib akan atau sudah dibakulsampahkan. Sebab itu bait-bait ucapan dibuat didepan press dan lebih tepat lagi secara terbuka.Jadi terpulanglah pada kita-kita diluar ni menilainya.Pihak Najib tentunya terikat dalam pelbagai sebab ,contuhnya aspek perundangan dalam menjawab pertanyaan Tun dan ni diambil kesempatan bagi pihak Tun pula....sayangnya penyokong Umno bakal berpecah lagi....

    ReplyDelete
  9. As salam. Apa yg 1mdb buat menguntungkan negara dan smpai hutang berbillon billion,mengapa gst di buat dgn penuh kelam kabut,mcm2 lagi yg x di jwp.Isteri najib dah mcm menteri penuh.Ada menteri ckp2 belakang x setuju tp telur xde.10 kementerian tidak berfungsi dgn baik kata pac dan audit.Duit jatuh,gst dicaj,brg mahal.pembangkang makin lemah tp umno mcm pondan x tau ambil kesempatan,malah makin teruk.Org muda pun dah x sokong dan semakin meluat.Mcm saya lah.

    ReplyDelete