Wednesday 8 April 2015

Tiga nama besar yang menjadi sumber inspirasi Tun Dr Mahathir

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Kita mengkagumi Tun Dr Mahathir dan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.
Nabi Muhammad SAW, Peter the Great (Russia) dan Nelson Mandela adalah tiga nama besar yang Tun jadikan sumber inspirasi .

Nabi Muhammad dikagumi kerana beliau menyatukan puak-puak Arab yang berbalah dan menukar budaya mereka dan yang paling penting ialah Al-Quran yang ditinggalkan Rasulallah. Peter the Great pula seorang yang tidak beradab dan kasar tetapi beliau telah berjaya menukar dan menjadikan Russia satu negara yang mundur kepada satu kuasa dunia. Nelson Mandela pula telah dipenjara selama 30 tahun tetapi beliau mempunyai keperibadian yang tinggi. Beliau tidak berdendam dan tidak patah semangat dan sanggup bekerjasama dengan kaum kulit putih yang memenjarakan beliau.





4 comments:

  1. Tp TM mempunyai sikit sahaja sikap seperti 3 pemimpin besar diatas..MELAYU MUDAH LUPA

    ReplyDelete
  2. Memang Melayu mudah Lupa. Nak berstau tu perkara mustahil kerana ciri hasad dengki dan tamak haloba segelintir Melayu yang mengejar nafsu duniawi. Mana boleh hilangkan perasaan dendam terhadap Melayu lain? TM nak satukan dan majukan Melayu tak berjaya. Kenapa? Sikap benci dan dendamlah tu. Tak setuju dengan beliau, digelarkannya Firaun bukan dengan hujah berlandaskan fakta.

    Itulah Melayu, seperti gabenor johor. heheh

    ReplyDelete
  3. Tun org kedah... gaya cakap berseloroh... najib pula 'soft spoken'. Dua latar belakang berbeza. Kelembutan hati najib lah ...najib dengar suara rakyat...najib mansuhkan isa tetapi tidak sedar kesan kebebasan menfitnah yg memakan dirinya sendiri akhirnya, najib berlembut dgn cina dgn niat memakmurkan negara. Tun seorang pemikir dan berilmu... tun meramal ikut logik setiap keputusan yg beliau putuskan dan kdg2 mengenepikan suara rakyat kerana Tun mungkin sedar ...rakyat ni suka membangkang tanpa berfikir. Rakyat mudah membantah dan membangkang tanpa ilmu...ketegasan tun dlm keputusan2 polisinya memudahkan urusan mentadbir. Najib punya niat yg baik utk rakyat cuma pendekatannya dan ade keputusannya yg kurang tepat.

    Akhirnya semuanya berlaku atas kehendak Allah
    Pasti ada hikmah disebaliknya. Najib lebih berlembut dgn PAS... semoga Allah satukan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Amìin.

    ReplyDelete
  4. Tun ada wawasan...dia nk Msia jadi negara maju, sbb tu la dia selalu ckp pasal teknologi...negara maju semuanya pengeluar barangan teknologi dunia...dia ingat selepas dia bersara, next PM akan mewarisi idea2 dia tapi kedua2 nya slps tu entah kemana, jadi lost...peningkatan KDNK perkapita zaman tun naik byk sehinggkan kita kluar dr taraf kemiskinan, jika dibandingakn ngan PM Najib & paling teruk bwh Pak Lah...sbb tu dia kecewa sgt...sbg rakyat kami pun rasa kecewa...sampi bila kita nk bagi peluang DS Najib???

    ReplyDelete