Sunday 12 April 2015

UMNO tidak minat ambil tindakan disiplin keatas Tun M

Lokasi : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Acara : Sidang media khas UMNO W.Persekutuan bagi menyatakan sokongan penuh kepada
kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak

Tarikh : 11/4/2015


Tengku Adnan mengesahkan tiada tindakan lembaga disiplin akan diambil keatas Tun Dr Mahathir selagi tiada laporan dibuatoleh ahli UMNO keatas Tun. Ku Nan bagaimanapun berharap segala teguran akan dibuat tidak secara terbuka.






14 comments:

  1. Kalau nasihat secara tertutup, perbincangan secara tertutup, kritikan secara tertutup dah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir kepada Najib tetapi hingga kini Najib masih buat tak peduli dan meneruskan agenda merosakkannya itu, apakah caranya lagi Tun Dr. Mahathir nak menyedarkan orang jenis tak sedar diri seperti Najib ini?

    Patutnya Lembaga Disiplin UMNO menyiasat Najib berhubung kritikan Tun Dr. Mahathir kepadanya sebelum ini. Kalau Lembaga Disiplin UMNO pun dah jadi Lembaga Disiplin Kanggaru dan Kucing Gebu, lebih baik bubarkan sahaja Lembaga Disiplin itu. Malahan kritikan ahli-ahli UMNO mengenai tindakan Najib meletakkan calon yang bukan-bukan serta kroni beliau dalam PRU 13 hingga kalah dibanyak kerusi parlimen dan DUN yang lalu pun tak dipedulikan oleh Lembaga Disiplin Kanggaru dan Kucing Gebu itu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berckp setakat menemukan bibir atas dgn bibir bawah semua orang boleh. Anda mungkin belum terfikir, tetapi Tun M masih mempunyai 1001 macam platform dan cara untuk mengkritiknya. Masalahnya ialah pengkritik memberi pandangan pemikirannya yang tidak dipersetujui oleh orang yang dikritik. So that's all lah. Apa nak bising2 lg. Orang dahdengar tu pun baik. Kalau dibakulsampahkan lagi teruk. Jasa berpuluh2 tahun lom tentu membenarkan kita mengkritik orang lain.... lebih2 lagi jika kita mempunyai AGENDA sendiri.

      Delete
    2. Agenda jadah apa Anonymous12 April 2015 at 16:31, kau tu yang tolol, isu ini melibatkan kepentingan negara, malahan kelangsungan kuasa politik Barisan Nasional, kamu ni tak faham, jenis menyokong membuta tuli, bebal tak berkesudahan.

      Para penyokong Najib ini masih tidak sedar bahawa Tun Dr. Mahathir menegur Najib sebab Tun Dr. Mahathir sayangkan Najib, malahan selepas Najib tak dengar teguran, nasihat, maka Tun Dr. Mahathir mengkritik Najib pun bukannya nak menjatuhkan Najib sesuka hati, tetapi kerana sayangkan Najib kerana jika UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, pihak pembangkang akan berkuasa, mereka akan menggali, mengorek, menyelongkar apa sahaja untuk membalas dendam terhadap Najib dan pimpinan kerajaan, sebab itulah Tun Dr. Mahathir membuat teguran, tetapi para penyokong Najib masih buta hati, tak tahu menilai yang mana racun yang mana madu.

      Bukanlah kita menuduh Tun Dr. Mahathir mahu melindung kesalahan pemimpin kerajaan sekarang ini, tetapi pihak pembangkang akan membuat apa sahaja untuk menyabitkan kesalahan kepada pemimpin kerajaan sekarang ini sekiranya mereka berkuasa kelak.

      Lihatlah apa yang jadi pada Presiden Morsi di Mesir, lepas pihak lawannya menang, pihak yang menang itu akan membalas dendam dengan melakukan penahanan politik serta perbicaraan politik terhadap Presiden Morsi dan sekutunya.

      Melihat kepada riak pembangkang ketika ini, mereka akan buat begitu jika mereka menang kelak, mereka akan pastikan UMNO ketandusan pemimpin dan mereka akan menyebabkan UMNO dan komponen Barisan Nasional tercalar teruk hingga tidak boleh bangun lagi.

      Inilah intipati sebenar kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap Najib, bukannya menyerang peribadi Najib sebab nak merampas jawatan Perdana Menteri dari Najib, tapi kerana sayangkan negara, sayangkan rakyat, sayangkan parti, sayangkan Najib dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar tidak menjadi mangsa pembangkang jika UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak. Oleh itu Tun Dr. Mahathir berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 nanti.

      Oleh itu sedarlah dan jangan jadi bodoh menyokong membuta tuli Najib berkaitan tindakan merapunya itu. Tun Dr. Mahathir kalau nak khianat dah lama dia dedahkan semua yang dia tahu supaya Najib terus tersungkur, tapi itu akan memberi kesan kepada UMNO. Kerana belas ihsan oleh Tun Dr. Mahathir, Najib diberi peluang untuk membetulkan keadaan, tapi apa yang Najib buat dalam tempoh 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, makin banyak kerosakkan. Jika Najib tak mampu mengubah sikap buruknya itu, maka dia perlu diubah dengan dia meletak jawatan dan jangan musnahkan UMNO kerana sikap syok sendiri Najib itu.

      Najib kalau tak mau ubah sikap kepada pentadbiran yang lebih baik dan mesra rakyat, maka eloklah letak jawatan sahaja, itu lebih bagus dari hilang jawatan akibat Barisan Nasional kalah pilihanraya akibat kejahilan Najib menguruskan negara ini. Itu lebih elok dari Najib dan kuncu-kuncunya diheret ke penjara atau mungkin Najib diheret ke tali gantung akibat dendam PKR, PAS, dan DAP selama ini.

      Delete
  2. Datuk Khairuddin Abu Hassan sampai buat laporan polis terhadap 1MDB, pasal apa Lembaga Disiplin tidak menyiasat kandungan laporannya tetapi orang-orang Najib sibuk mengainaya hinggakan rumah Datuk Khairuddin dilelong dalam tempoh yang singkat?

    Kepada Tengku Adnan, kalau ada ahli UMNO buat aduan bertulis kepada Lembaga Disiplin untuk menyiasat Najib berhubung isu Altantuya dan 1MDB ini, apakah Lembaga Disiplin akan ambil tindakan?

    Sebenarnya Lembaga Disiplin Kanggaru dan Kucing Gebu ini takut nak mengheret Tun Dr. Mahathir ke lembaga disiplin kerana mereka sendiri akan terbongkang dengan pendedahan demi pendedahan oleh Tun Dr. Mahathir kelak.

    ReplyDelete
  3. "Ku Nan bagaimanapun berharap segala teguran akan dibuat tidak secara terbuka."

    Dah berbuih mulut dah.....dah bertingkat tingkat....PRU14 UMNO bungkus je...dah terhantuk baru nak menadah....makin meluat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ku Nan, dan ahli parlimen BN yang menyokong Najib, serta Najib sendiri nak melingkup dalam PRU 14 lantak koranglah, tak ada sesiapa pun nak ambil kisah. Yang diambil kisah adalah hidup dan mati Barisan Nasional dalam PRU 14 itu, itu yang utama. Kelangsungan kekuasaan Barisan Nasional perlu dipertahankan, saya tidak rela puak penyamun PKR, DAP dan PAS memerintah negara ini, kerana nanti ketuanya adalah DAP jahanam itulah, maka mereka akan meng'Singapura'kan Malaysia hingga orang Melayu merempat dalam semua aspek.

      Delete
  4. Jentera PAS sudah mual bersedia di Rompin??????

    ReplyDelete
  5. Mana2 yg mengkritik Najib otomatik di cop anjing PR dan maki hamun oleh bloger upahan ahjibgor

    Penasihat, konsultan dibayar berjuta juta kehidupan rakyat terus terhimpit tertekan dengan kenaikan barang.

    Kemudian kena cop pula rakyat malas bekerja!

    Ada AKAI ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang menyokong Najib itu adalah gunting dalam lipatan, api dalam sekam, macam virus HIV, mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional untuk kepentingan diri, perangai masing-masing macam haram jadah.

      Kaut untung guna nama parti, tapi mengkhianat parti, memang sah perangai haram jadah sorang-sorang mereka ni.

      Delete
  6. Tun sekarang sendirian. Kalau Tun keluar UMNO pun tiada siapa akan follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun tak sendirian...ramai je di belakang dia...mereka ini cerdik2...orang cerdik tak riuh sekampong bila menyatakan sokongan..tunggu pru next terkangkang la ajib blur tu..

      Delete
    2. Anonymous12 April 2015 at 14:58 adalah gunting dalam lipatan yang menyokong Najib untuk menikam UMNO hingga mati, jenis petualang perosak ni diheret oleh Najib masuk dalam kemnya kononnya hebat dan segar, tapi perangai macam haram jadah, mengkhianat UMNO selepas puas dapat apa yang dikehendaki.

      Delete
    3. Manusia macam Anonymous12 April 2015 at 14:58 adalah pengkhianat yang sanggup menyokong sesiapa sahaja yang memberi untung padanya kemudian dia akan khianati pihak itu. Macam sekarang dia sokong Najib, sebab mungkin dia diberikan imbuhan itu dan ini, dia bukannya setia terhadap UMNO dan Barisan Nasional, dia ni jenis manusia pengkhianat.

      Kalau UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, manusia macam Anonymous12 April 2015 at 14:58 yang akan paling awal sebelum subuh beratur depan pejabat DAP untuk daftar jadi ahli DAP pula, jenis pengkhianatlah katakan, macam inilah. Manusia macam ini akan sanggup sokong Israel Yahudi Zionist kerana tamakkan keduniaan.

      Delete
  7. Tak minat ke korg takut??

    ReplyDelete