Sunday 27 November 2016

RUMAWIP laris bagai pisang goreng panas dikalangan pembeli muda

Acara : Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian RUMAWIP Residensi Wangsamas, 
Desamas dan Jalilmas

Lokasi : Desa Waterpark

Tarikh : 26/11/2016



Pembangunan projek dijalankan melalui usahasama Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd dan syarikat bersekutunya Sinerjuta Sdn Bhd dan Era Ecoland Sdn Bhd.

Projek RUMAWIP Desamas yang berkeluasan 900 kaki persegi dijual pada harga RM300,000 seunit dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berserta 1 parkir kereta berbumbung. Selain itu pembeli dapat juga dapat menikmati kemudahan bertaraf kondominium seperti kolam renang, gimnasium, taman rekreasi, pusat asuhan kanak-kanak, surau, dewan serbaguna, pengawal keselamatan dan kemudahan asas yang berhampiran. Projek RUMAWIP yang terletak di Taman Danau Desa ini boleh diakses melalui Lebuhraya Sg Besi, Lebuhraya Utara-Selatandan Pusat Membeli-belah Midvalley.

Projek RUMAWIP Jalilmas pula masing-masing berharga RM198,000 seunit dengan keluasan 800 kaki persegi serta dilengkap 3 bilik tidur, 2 bilik air dan parkir berbumbung. Projek RUMAWIP dengan usahasama DBKL ini turut menyediakan kemudahan seperti taman rekreasi, dewan serbaguna, kiosk, suran dan pengwal keselamatan. Projek RUMAWIP Jalilmas terletak berhampiran dengan Taman Rekreasi Bukit Jalil, Stesen LRT Muhibbah dan Pusat Beli Belah Pavillion 2 serta mudah ke pusat bandaraya dengan melalui Lebuhraya Bukit Jalil.

Projek RUMAWIP Wangsamas terletak berhampiran dengan LRT Sri Rampai dan bersebelahan dengan Pusat Membeli Belah Wangsa Walk dengan hanya 12 km dari Pusat Bandaraya KL melalui lebuhraya DUKE.

Sebanyak 1814 unit rumah ditawarkan bagi ketiga-tiga Projek RUMAWIP tersebut dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga WP. Pencapaian perlaksanaan  pembinaan RUMAWIP setakat October 2016 ialah sebanyak 50,455 unit (63%) daripada 80,000 unit yang telah ditetapkan kerajaan sehingga tahun 2020. Setakat ini 26 projek telah ditawarkan kepada rakyat dari tahun 2013-2016.



Video 1 - KWP telah mencapai 63% (50,455 unit) daripada 80,000 unit RUMAWIP yang disasarkan kerajaan sehingga 2020.



********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
  9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21


No comments:

Post a Comment